< 1 >
Read!
In the Name of ALLAH, Who has created man from a clot (a piece of thick coagulated blood).
< 2 >
Al-Islami
In the Name of ALLAH, Who has created man from a clot (a piece of thick coagulated blood).
< 3 >
Al-Islami
In the Name of ALLAH, Who has created man from a clot (a piece of thick coagulated blood).
< 4 >
Al-Islami
In the Name of ALLAH, Who has created man from a clot (a piece of thick coagulated blood).

Isnin, 4 Ogos 2014

PETUA ERATKAN KASIH SAYANG

PETUA ERATKAN KASIH SAYANG 


Dalam melayari kehidupan sebagai pasangan suami isteri,memang banyak dugaan dan cabaran yang harus ditempuhi.Pelbagai dugaan yang datang seharusnya di tempuhi bersama-sama dalam memacu kehidupan yang bahagia.

Di sini di kongsikan antara petua yang dapat di amalkan bagi mengeratkan kasih sayang antara suami isteri agar dapat kehidupan yang bahagia.


Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing.

2. Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah, tambah rutin harian tadi dengan pelukan dan ciuman di bibir.

3. Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan.

4. Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I love you sepenuh hati sebelum keluar kemana-mana, menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur.

5. Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama kerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari berkerja.

6. Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan.

7. Luangkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari isu rumah tangga hinggalah politik semasa sebelum tidur.

8. Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan, jangan biar berlarutan walau untuk satu jam sekali pun apatah lagi berhari-hari. Jika boleh, biarlah berlaku dalam bilik ‘beradu suami isteri’ agar ia berakhir dengan ‘kemesraan’ jauh dari pandangan anak-anak.

9. Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka walau sambil membaca akhbar misalnya kerana apa yang penting ada berada disisi.

10. Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang.

11. Amalkan sembahyang berjemaah semasa di rumah, berdoa bersama serta bersalam-salaman selepasnya.

12. Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta tidak segan atau geli untuk menghabiskan makanan atau minuman isteri atau suami.

13. Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau kad untuk peristiwa tertentu, memakai pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja yang anda tahu pasangan pasti menyukainya.

14. Senda gurau dalam rumah tangga amat penting, ceritalah sesuatu yang kelakar, teka teki atau apa sahaja yang membolehkan anda ketawa bersama.

15. Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti susah payah isteri melahirkan anak dan suami yang berkerja keras menyara keluarga.

16. Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta untuk mengelakkan pasangan merasa jemu.

17. Apa sahaja masalah yang timbul, berterus terang dan berbincang bersama untuk menyelesaikannya.

18. Sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi suami/isteri yang baik dalam rumah tangga bahagia kerana fikiran positif akan memudahkan anda mencapai matlamat tersebut.

19. Setiap pagi berikan kucupan tanda sayang agar harinya dimulakan dengan senyuman, dan malam bisikan manja tanda terima kasih sepanjang hari berbakti kepada keluarga yang dibina bersama. Tidak salah juga minta maaf andai hari itu ada perkara yang mengguris hati suami/isteri, jangan tunggu raya sahaja!

20. Jika amalan-amalan di atas tidak pernah dilakukan sehingga anda membacanya hari ini,jadikanlah ia sebagai titik permulaan untuk melakukannya tanpa rasa ragu dan malu.

Sabtu, 19 Julai 2014

AURAT KETIKA BERSALIN.

AURAT KETIKA BERSALIN.


Assalamualaikum...

Perkara yang masih menjadi persoalan dan perdebatan antara kebanyakan wanita muslim dengan pentadbiran hospital kerajaan khususnya.

Di dalam keadaan yang ramai wanita tidak mampu untuk melahirkan anak di hospital swasta di mana kita boleh meminta hanya doktor wanita sahaja yang menguruskan proses bersalin,hospital kerajaan pula menyaksikan perkara dimana aurat wanita tidak terpelihara.

Apakah peranan suami jika menghadapi keadaan sedemikian.Apakah dalam keadaan itu dikatakan darurat?

Ringkasan dari rancangan Semanis Kurma terbitan TV9 dapat mengulas sedikit perkara ini.

- Suami harus menjaga aurat isteri dalam keadaan apa pun.

- Walaupun hanya pemeriksaan kesihatan ketika awal kehamilan,bab aurat   harus di jaga.

- Wajib mendapatkan doktor wanita dahulu

- Mentaati Allah dengan mengikut suruhanNya dan meninggalkan laranganNya

- Jangan ambil mudah hal kelahiran.

- Suami memainkan peranan penting dalam hal aurat isteri.Keputusan di tangan suami.Harus bertegas dalam membuat pilihan.

- Ketika di wad suami harus memastikan aurat isteri terjaga.Walaupun isteri dalam keadaan lemah tyiada alasan untuk mengabaikan auratnya.

Antara perkara yang boleh di lakukan oleh wanita sebagai persediaan awal untuk bersalin dengan terpelhara auratnya:

- Berniat dari awal kehamilan agar semasa bersalin di uruskan oleh doktor wanita.

- Sentiasa berdoa agar Allah perkenankan permintaan kita agar semasa bersalin terpelihara aurat kita.

- Jika mampu mulakanlah simpanan agar dapat bersalin di hospital yang membolehkan kita meminta doktor wanita sahaja menguruskannya.

Isnin, 14 Julai 2014

AMALAN KRISTIAN DAN YAHUDI - TABUR BUNGA DI ATAS KUBUR.

AMALAN KRISTIAN DAN YAHUDI - TABUR BUNGA DI ATAS KUBUR.

 
Umat Islam yang menziarahi tanah perkuburan sempena Aidilfitri diingatkan supaya tidak menabur bunga di kuburan kerana ia amalan Yahudi dan Kristian.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah Jabatan Agama Islam Kedah, Sheikh Ahmad Faisol Omar berkata perbuatan itu menyalahi ajaran Islam.

Beliau mengingatkan demikian dalam tazkirahnya pada Program Percambahan Ilmu anjuran bersama Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) bahagian Perlis, Pejabat Setiausaha Kerajaan Perlis dan Hotel Putra Palace di sini, hari ini.

Beliau seterusnya mengingatkan umat Islam agar banyak mengisi masa bulan Ramadan dengan membaca al-Quran untuk memperolehi ketenangan dan benteng menahan nafsu dan godaan iblis.    

Dalam pada itu, beliau menasihatkan kaum wanita Islam supaya menjaga adab berpakaian terutama pada Ramadan yang penuh dengan cabaran dan godaan.  
    
"Mereka sepatutnya berpakaian sopan, bukan pakai yang menghairahkan," katanya.

Ahmad Faisol berkata ramai kaum wanita yang diberi nikmat kecantikan menyalahgunakan nikmat tersebut dengan mempamerkan kecantikan mereka kepada umum sehingga memberi kesan buruk  terhadap diri sendiri.


* sedikit peringatan untuk diri sendiri dan pembaca semua.Mungkin amalan patut kita tinggalkan kerana telah terang-terang menyamai agama lain.
    



sumber:sinarharian.

ADAB DAN CARA MENEGUR MENURUT ISLAM


ADAB DAN CARA MENEGUR MENURUT ISLAM
Islam itu mudah.Islam itu indah.Di dalam ajaran Islam,telah tersebut adab dan cara menegur dengan cara yang berhemah.
Firman Allah ta`ala yang bermaksud: “Ajaklah (wahai Muhammad) mereka ke arah jalan Tuhanmu dengan hikmah dan nasihat yang elok dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang paling baik…..” (Surah An-Nahl: 125)
Kita semua juga mengetahui sepotong hadis Rasulullah s.a.w yang popular yang menyuruh kita berubah dan memperbetulkan kesalahan dan kemungkaran dengan tangan atau kuasa jika kita punya kemampuan. Jika tidak, maka dengan lidah dan jika tidak mampu dengan pertuturan, maka dengan kebencian hati terhadap kemungkaran tersebut.
Namun persoalan yang timbul ialah adakah seseorang pendakwah itu boleh menegur sesuatu kesalahan dengan semberono begitu sahaja tanpa memperdulikan adab-adab persaudaraan sesama muslim sewaktu menegur? Mari kita kembali kepada maksud ayat di awal penulisan ini.
Jika merujuk kepada tafsiran Imam al-Qurtubi, beliau menyebut bahawa ayat ini menyuruh para pendakwah supaya menyebarkan dakwah dan memberikan nasihat kepada ‘orang-orang Islam’ secara khususnya dengan cara yang penuh bijaksana, lemah lembut dan penuh strategi. Para pendakwah mestilah menjauhi sifat kasar dan keras ketika menegur dan memberikan nasihat agar orang yang ditegur tidak merasa malu dan melarikan diri sekaligus matlamat dakwah menjadi realiti dan terlaksana.
“Mukmin itu menasihati dan menutup(aib dan kesalahan), Orang yang jahat itu menyingkap dan mendedahkan(aib dan kesalahan)”Fudhail Bin I’yadh,Kitab Al-Wafi syarah Matan Al-Arbain An-Nawawiyyah
Al-Qurtubi menambah lagi bahawa hukum menasihati dan menegur sesama muslim secara lemah-lembut dan bijaksana ini kekal sehingga hari kiamat. Namun hukum ini tidak berjalan ke atas golongan kafir kerana cara untuk ‘bermuamalah’ dengan mereka telah diterangkan oleh ayat-ayat yang menyuruh kita memerangi mereka (ayat Qital).
Beginilah yang sepatutnya berlaku terhadap para pendakwah ketika mereka menjalankan kerja-kerja mulia ini. Apabila mereka berhadapan dengan orang-orang yang melakukan kesalahan atau maksiat di kalangan saudara mereka sesama muslim, mereka perlulah menggunakan pendekatan positif dan bijaksana agar pihak yang ditegur mereka berhenti dan menginsafi atas kesalahan mereka.
Janganlah kita menggunakan ‘teguran’ atau ‘nasihat’ itu sebagai jalan untuk membalas dendam kepada seseorang. Bukankah itu menunjukkan yang kita sedang menunggu-nunggu kesalahan orang? Sedangkan di dalam Islam, kita dituntut untuk sentiasa bersikap ikhlas dan amanah dalam setiap nasihat dan teguran yang dibuat. Apabila menegur, janganlah sekali-kali kita menggunakan bahasa dan nada yang kasar. Jauhilah dari menegur seseorang itu di khalayak ramai. Kerana ini akan memalukan dan mengaibkan pihak yang ditegur. Carilah waktu yang sesuai untuk menegur. Bersemukalah dengan pihak berkenaan dan gunakan kata-kata lembut dan gaya bahasa yang boleh menawan hati dan perasaannya. Perlu diingati bahawa walaupun Islam menggalakkan budaya tegur menegur di kalangan kita, tetapi itu tidak bermakna bahawa teguran itu mesti dibuat secara langsung apabila sesuatu kesalahan itu berlaku. Lihatlah situasi dan keadaan. Gunakakan uslub yang boleh menawan hati dan jauhi dari cara menegur yang membuatkan orang lari.
Jadikanlah Rasulullah s.a.w sebagai role model kita.
Rasulullah s.a.w bersabda,
‘‘Percakapan orang yang berakal muncul dari balik hati nuraninya. Maka ketika hendak berbicara, terlebih dahulu ia kembali pada nuraninya. Apabila ada manfaat baginya, dia harus bercakap dan apabila ia boleh mendatangkan keburukan,maka dia hendaklah tidak melafazkannya. Sesungguhnya hati orang yang bodoh berada di mulut,
ia berbicara sesuai apa sahaja yang dia mahukan’’.
Itulah dia antara uslub Rasulullah menegur dan berdakwah kepada orang lain. Lalu mengapa kita sering ketepikan tips-tips yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w? Kenapa kita sering ‘berkasar’ ketika menegur saudara-saudari kita sesama muslim? Gunakan budaya menegur sebagai perantaraan untuk menambah kawan dan taulan bukan untuk mencari musuh dan pergaduhan.Yelah menegur tu perkara baik jadi kenapa perlu disakiti hati orang lain?cuba fikir sejenak adakah dia akan berubah jika begitu?Tentu sekali 0.1% peluangnya.Sedangkan Allah telah memperingatkan kita semua dalam surah An-Nissa ayat 59...walla'hualam...
p/s: BUDAYAKAN MENEGUR SECARA LEMAH-LEMBUT DAN BIJAKSANA

Rabu, 4 Jun 2014

Tanda Kemusnahan Rumahtangga

TANDA KEMUSNAHAN RUMAHTANGGA.



Setiap pasangan yang berkahwin pasti mengimpikan rumahtangganya bahagia hingga ke akhir hayat.Namun,terdapat ramai juga yang berakhir di separuh jalan melalui penceraian.

Dalam rumahtangga pasti ada pasang surutnya.Cuma cara mengekalkan kesfahaman yang dapat membantu ketahanan rumahtangga.Detik-detik kemusnahan rumahtangga dapat dikesan sekiranya terdapat tanda-tanda berikut.

Tanda-tanda Kemusnahan Rumahtangga.

1-Apabila suami sudah mula menjauhkan diri dengan kurang bersentuhan dan bermanja.Kurangnya belaian kasih sayang suami termasuklah kurang melakukan hubungan kelamin.Kasih sayang yang kian pudar.

2-Suami telah kurang bercakap dengan isteri.Membuat hal sendiri dan lebih suka berbual dengan kawan-kawannya.Komunikasi menjadi hambar.

3-Kritikan yang selalu di lemparkan suami kepada isteri.Isteri mula merasa hambar dan memandang rendah pada suami.Tiada lagi pujian untuk isteri.

4-Pertengkaran yang tidak dapat di elakkan setiap hari.Ada sahaja perkara yang menjadi punca pertengkaran apabila bertemu.Tiada lagi sepakat dan masing-masing cuba menunjukkan ego.

5-Apabila suami mula jarang pulang ke rumah.Jika pulang pun muka yang masam mencuka seperti terpaksa.Bagi isteri pula ketiadaan suami lebih menyenangkannya.

Perkara tersebut memang biasa dapat dikesan sekiranya kita sedar.Sama-samlah suami isteri saling ingat-mengingati.Itu kunci kepada persefaham dalam rumahtangga.

Rabu, 21 Mei 2014

7 Perkara menjadikan Isteri Nusyuz

7 PERKARA YANG MENJADIKAN ISTERI NUSYUZ



Perkahwinan adalah sesuatu yang indah.Perkahwinan terjadi dengan adanya ikatan yang sah antara pasangan suami isteri.Namun dalam perkahwinan ada hak dan batas yang perlu di jaga oleh kedua suami dan isteri.

Dalam institusi keluarga mengikut islam isteri mempunyai tanggungjawab untuk taat kepada suami.

Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda mengenai dengan ganjaran bagi isteri yang mentaati suami dan menunaikan hak-hak suami yang diwajibkan ke atasnya yang bermaksud : “Apabila seorang perempuan telah mengerjakan sembahyang lima waktu, mengerjakan puasa pada bulan Ramadhan, memelihara kemaluannya, dan taat kepada suaminya, maka masuklah (ke dalam syurga) dari mana-mana pintu syurga yang dia kehendaki.”

(Hadis riwayat ath-Thabarani)


Dalam hal di atas Nusyuz bererti keluar dari ketaatan. Para ulama asy-Syafi‘eyah mentakrifkan nusyuz seorang isteri ialah keluar dari (melakukan) ketaatan yang wajib terhadap suaminya.

7 perkara yang boleh menjadikan isteri Nusyuz.

Pertama : Keluar dari rumah tanpa keizinan suaminya. Terkecuali daripada keadaan ini apabila isteri keluar berjumpa qadi untuk menuntut hak, mencari nafkah apabila suami tidak berkemampuan memberi nafkah kepadanya, meminta fatwa atau hukum jika sekiranya suaminya bukan seorang faqih dalam bidang agama.

Jika seorang isteri meminta izin untuk keluar rumah menziarahi kedua ibu bapanya atau ingin melihat jenazah ibu atau bapanya atau anaknya (yang tidak tinggal bersamanya), maka suami berhak untuk tidak mengizinkan. Walau bagaimanapun dalam hal ini, adalah lebih utama jika suami mengizinkan isteri.

Peristiwa ini pernah berlaku dizaman Rasulullah SAW apabila seorang suami tidak membenarkan isterinya keluar rumah tanpa izinnya semasa beliau bermusafir. Walaupun kematian ayah wanita tersebut, Nabi SAW tidak membenarkan wanita itu keluar rumah untuk menziarahi jenazah ayahnya. Oleh kerana ketaatan wanita ini maka Nabi SAW menjelaskan bahawa Allah SWT telah mengampunkan dosa ayah wanita tersebut.

Kedua : Enggan mengikut suami berpindah ke negeri lain tanpa ada keuzuran yang dibenarkan syarak seperti isteri sakit atau perjalanan menuju ke negeri tersebut tidak aman atau suami berpindah ke negeri yang ditimpa wabak atau taun.

Ketiga : Tidak membukakan pintu untuk suami masuk ke rumah atau ke bilik dengan tujuan menegahnya daripada masuk ke dalam rumah atau bilik.

Keempat : Tidak menyerahkan diri pada suami (ketika suami berhajat kepadanya) tanpa ada keuzuran seperti sakit. Setakat malas atau letih bukan alasan yang menasabah.

Kelima : Tidak mengendahkan panggilan suami kerana sibuk dengan keperluannya.

Keenam : Isteri mendakwa suaminya telah mentalaknya sedangkan dakwaan tersebut adalah palsu.

Ketujuh : Isteri merahsiakan perhubungannya dengan lelaki lain, selalu chatting, talipon dan hantar pesanan ringkas tanpa pengetahuan suami untuk berseronok-seronok dan menceritakan aib suaminya. 


Semoga perkongsian ini dapat memberi sedikit manfaat kepada kita.Saling ingat mengingati akan menjadikan kita lebih peka.InShaAllah..

Selasa, 20 Mei 2014

Tips Suami Isteri Saling Memahami

SUAMI ISTERI SALING MEMAHAMI.


Antara salah satu sebab penting kebahagian sesuatu rumahtangga itu berjaya dibentuk adalah adanya sikap salng memahami antara sumai isteri.

Tetapi banyak juga berlaku dimana sikap ini tidak dapat di bentuk antara pasangan.Antara puncanya ialah:

  • Faham kehendak pasangan tetapi sengaja tak ambil endah sebab merasakan tidak penting bagi diri sendiri
  • Tidak faham kehendak pasangan kerana kurang berkomunikasi diantara suami isteri 
  • Faham kehendak pasangan tetapi terhalang oleh faktor kemampuan keuwangan, tenaga, masa dan sebagainya
  • Sikap ego yang tinggi terutamanya suami menyebabkan dia tidak mempedulikan keperluan isteri
  • Sikap mementingkan diri sendiri

Bagaimana caranya jika ingin membentuk sikap saling memahami antara pasangan?Ada beberapa tips yang ingin dikongsikan.

1. SIKAP

  • Perkara yang paling penting adalah setiap pasangan suami isteri perlu mengubah sikap masing-masing menjadi seorang yang perihatin terhadap masalah orang lain.Dengan cara ini sajalah dapat mengikis sikap mementingkan diri sendiri
  • Buang sejauh jauhnya sikap ego terutamanya suami

2. MEMAHAMI PERASAAN PASANGAN

Dalam kehidupan seharian sebagai suami isteri, pastinya pelbagai dugaan dan masalah yang dihadapi oleh suami atau isteri.Biasanya masalah ini melibatkan:
  • Masalah di tempat kerja
  • masalah kesihatan pasangan
  • Masalah kewangan
  • Masalah keluarga pasangan
  • Masalah anak-anak dan sebagainya
Sepasang suami isteri perlu menyedari bahawa rumah tangga yang mereka bina sangat memerlukan kesefahaman supaya hubungan suamisteri akan sentiasa harmoni.

TIPS UNTUK SUAMI

  • suami perlu memahami penat lelah isteri menguruskan rumahtangga dan anak-anak
  • Suami perlu menjadi kekasih, sahabat serta pendengar yang setia kepada isteri untuk isteri mengadu masalah anak-anak, masalah jiran tetangga,masalah keluarga dan sebagainya
  • Suami mesti membantu isteri untuk meringankan beban kerja di rumah
  • Suami mesti bersabar di saat isteri kedatangan haid kerana emosi isteri pada waktu ini tidak stabil
  • Suami perlu memahami "bahasa" lisan dan badan ( boby language )isteri.Suami sepatutnya boleh mengagak apakah yang isteri mahu melalui gerak geri dan perkataan isterisebab kebanyakan wanita suka menggunakan kiasan untuk meluahkan hasrat hati.

TIPS UNTUK ISTERI

  • Isteri mesti memahami kepayahan suami mencari nafkah untuk keluarga
  • Isteri mesti menjadi teman yang setia kepada suami 
  • Isteri mesti memahami setiap lelaki mempunyai ego yang tersendiri.Jangan terlalu banyak mempersoalkan kewibawaannya sebagai seorang suami.
  • Berterus terang kepada suami bagi memudahkan suami memahami apa yang terbuku didalam hati.Ini disebabkan kebanyakan lelaki susah untuk mengerti kiasan-kiasan yang digunakan oleh isteri.

TIPS UNTUK SUAMI ISTERI BEKERJA

Bagi suami isteri yang bekerja, tiada istilah siapa suri rumah.Sekiranya pasangan suami isteri berkemampuan,boleh lah mengambil pembantu rumah untuk meringankan beban kerja rumah.
Tetapi sekiranya tidak mampu, suami isteri perlulah berkerjasama didalam menguruskan rumahtangga.Kebiasaannya belaku adalah isteri yang lebih banyak melakukan kerja rumah berbanding suami walaupun kedua-duanya bekerja.
Saling memahami dalam hubungan suami isteri sangat membantu dalam mewujudkan sebuah keluarga yang bahagia.

Copyright @ 2013 Info Rumahtangga Bahagia.