SUAMI ISTERI SALING MEMAHAMI.
Antara salah satu sebab penting kebahagian sesuatu rumahtangga itu berjaya dibentuk adalah adanya sikap salng memahami antara sumai isteri.
Tetapi banyak juga berlaku dimana sikap ini tidak dapat di bentuk antara pasangan.Antara puncanya ialah:
Antara salah satu sebab penting kebahagian sesuatu rumahtangga itu berjaya dibentuk adalah adanya sikap salng memahami antara sumai isteri.
Tetapi banyak juga berlaku dimana sikap ini tidak dapat di bentuk antara pasangan.Antara puncanya ialah:
- Faham kehendak pasangan tetapi sengaja tak ambil endah sebab merasakan tidak penting bagi diri sendiri
- Tidak faham kehendak pasangan kerana kurang berkomunikasi diantara suami isteri
- Faham kehendak pasangan tetapi terhalang oleh faktor kemampuan keuwangan, tenaga, masa dan sebagainya
- Sikap ego yang tinggi terutamanya suami menyebabkan dia tidak mempedulikan keperluan isteri
- Sikap mementingkan diri sendiri
Bagaimana caranya jika ingin membentuk sikap saling memahami antara pasangan?Ada beberapa tips yang ingin dikongsikan.
1. SIKAP
- Perkara yang paling penting adalah setiap pasangan suami isteri perlu mengubah sikap masing-masing menjadi seorang yang perihatin terhadap masalah orang lain.Dengan cara ini sajalah dapat mengikis sikap mementingkan diri sendiri
- Buang sejauh jauhnya sikap ego terutamanya suami
2. MEMAHAMI PERASAAN PASANGAN
Dalam kehidupan seharian sebagai suami isteri, pastinya pelbagai dugaan dan masalah yang dihadapi oleh suami atau isteri.Biasanya masalah ini melibatkan:
- Masalah di tempat kerja
- masalah kesihatan pasangan
- Masalah kewangan
- Masalah keluarga pasangan
- Masalah anak-anak dan sebagainya
Sepasang suami isteri perlu menyedari bahawa rumah tangga yang mereka bina sangat memerlukan kesefahaman supaya hubungan suami isteri akan sentiasa harmoni.
TIPS UNTUK SUAMI
- suami perlu memahami penat lelah isteri menguruskan rumahtangga dan anak-anak
- Suami perlu menjadi kekasih, sahabat serta pendengar yang setia kepada isteri untuk isteri mengadu masalah anak-anak, masalah jiran tetangga,masalah keluarga dan sebagainya
- Suami mesti membantu isteri untuk meringankan beban kerja di rumah
- Suami mesti bersabar di saat isteri kedatangan haid kerana emosi isteri pada waktu ini tidak stabil
- Suami perlu memahami "bahasa" lisan dan badan ( boby language )isteri.Suami sepatutnya boleh mengagak apakah yang isteri mahu melalui gerak geri dan perkataan isterisebab kebanyakan wanita suka menggunakan kiasan untuk meluahkan hasrat hati.
TIPS UNTUK ISTERI
- Isteri mesti memahami kepayahan suami mencari nafkah untuk keluarga
- Isteri mesti menjadi teman yang setia kepada suami
- Isteri mesti memahami setiap lelaki mempunyai ego yang tersendiri.Jangan terlalu banyak mempersoalkan kewibawaannya sebagai seorang suami.
- Berterus terang kepada suami bagi memudahkan suami memahami apa yang terbuku didalam hati.Ini disebabkan kebanyakan lelaki susah untuk mengerti kiasan-kiasan yang digunakan oleh isteri.
TIPS UNTUK SUAMI ISTERI BEKERJA
Bagi suami isteri yang bekerja, tiada istilah siapa suri rumah.Sekiranya pasangan suami isteri berkemampuan,boleh lah mengambil pembantu rumah untuk meringankan beban kerja rumah.
Tetapi sekiranya tidak mampu, suami isteri perlulah berkerjasama didalam menguruskan rumahtangga.Kebiasaannya belaku adalah isteri yang lebih banyak melakukan kerja rumah berbanding suami walaupun kedua-duanya bekerja.
Saling memahami dalam hubungan suami isteri sangat membantu dalam mewujudkan sebuah keluarga yang bahagia.
0 ulasan:
Catat Ulasan