MAHRAM SEMENTARA
Apakah yang di maksudkan dengan mahram sementara?Ia adalah hubungan hubungan seorang wanita dengan adik dan abang iparnya.Sekiranya suami wanita itu menceraikan atau meninggal dunia,adik ataupun abang iparnya boleh mengahwininya.Jadi,aurat wanita itu adalah terbatas.Wanita itu perlu menjaga auratnya dan tentunya tidak boleh bersalaman dengan adik ataupun abang iparnya.Wanita itu juga tidak boleh keluar berdua duaan dengan adik dan abang iparnya.
Namun,kebelakangan ini kita seakan lupa.Kepentingan mengikut syariat islam terlerai kerana adanya sikap ingin menjaga hati.Seharusnya wanita itu perlu memahamkan adik atau abang iparnya tentang batasan mereka.kita harus melihat kemurkaan Allah dahulu sebelum kemurkaan manusia.
Sebuah hadis riwayat Imam al-Tirmizi menyebut (yang bermaksud): Sesiapa yang berusaha mencari reda Allah dengan kemurkaan manusia, Allah akan mencukupkannya dari pergantungan dengan manusia. Dan sesiapa yang berusaha mencari reda manusia dengan kemurkaan Allah, nescaya Allah akan menyerahkannya kepada manusia.
Oleh itu,seharusnya wanita itu tidak perlu mengikuti mereka dengan alasan menghormati.Seharusnya mereka perlu sedar tentang syariat yang di ikuti wanita itu.
0 ulasan:
Catat Ulasan