Ahad, 20 April 2014

punca keretakan rumahtangga

PUNCA-PUNCA KERETAKAN RUMAHTANGGA

Dewasa ini penceraian dalam perkahwinan sering berlaku terutamanya pada golongan yang menjadi public figure.Kisah mereka menjadi tontonan masyarakat dan tentu mereka ingin ambil tahu apa sebabnya dan mengapa berlaku.

Kali nie nak share punca-punca yang boleh menyebabkan keretakan dalam rumahtangga.Moga ianya berguna dan dapat memberi sedikit pengetahuan kepada kita.

Mengenali punca-punca keretakan rumahtanga.
Isteri sering bersungut bahawa suami kurang pandai mendengar sebaliknya hanya pandai memberi pandangan
  • - para suami hendaklah memberi ruang mendengar apa masalah/luahan isteri mereka
    - para isteri pula hendaklah pandai menggunakan ruang sekiranya diberikan oleh suami sebaiknya bagi meluahkan perkara yang penting sahaja
2. Suami selalu bersungut bahawa isteri selalu cuba untuk mengubah diri mereka
- ada sesetengah suami prihatin terhadap hal-hal rumahtangga dan ada sesetengahnya tidak
- para isteri perlulah berlapang dada kerana kemungkinan si suami telah terdidik sedemikian dari kecil jadi telah sebati dalam diri mereka.

3. Saranan si isteri tanpa di minta oleh si suami boleh menjatuhkan imej si suami
- walaupun kadangkala saranan tersebut adalah bernas dan ke arah kebaikan namun yang demikian tidak semua suami boleh menerima pandangan/saranan/idea si isteri


- oleh yang demikian para isteri hendaklah berfikir berkali-kali dahulu sebelum memberikan saranan/pandangan

4. Suami sering meremehkan masalah yang dihadapi/diceritakan oleh isteri serta tidak menghormati perasaan isteri
- para suami hendaklah cuba memberikan perhatian kepada masalah yang diluahkan oleh si isteri kerana kemungkinan ia akan berlarutan dan mendatangkan masalah di masa hadapan sekiranya tidak di ambil kisah, misalnya si isteri prihatin kerana anak remaja mereka telah mempunyai 'kawan' tetapi apabila si suami tidak sama mengambil kisah mungkin menyebabkan masalah di mana kemungkinan si anak remaja tadi terlanjur dengan 'kawan'nya.

5. Apabila suami bermasalah, suami suka mendiamkan diri atau bersendirian sebaliknya apabila isteri tertekan, si isteri suka meluahkan masalah kepada orang lain
- timbul apabila suami merasakan si isteri tidak layak untuk mengetahui masalah yang dia hadapai jadi suami tidak mahu berkongsi masalah padahal isteri merupakan orang yang paling rapat dengannya dan sepatutnya dikongsi bersama masalah tersebut dengan si isteri
- kepada para isteri, apabila melihat suami sendiri bermasalah, janganlah dibiarkan kerana ia boleh mengakibatkan keretakan rumahtangga
- seorang suami tidak boleh meminta duit dari isterinya tetapi dia boleh memberikan izin kepada isterinya untuk bekerja. Isteri yang bekerja dan solehah bolehlah dengan ikhlas memberikan sebahagian wangnya kepada si suami untuk urusan rumahtangga mereka tetapi hendaklah disimpan bahagiannya untuk kegunaannya terlebih dahulu.
-para isteri janganlah berkongsi masalah dengan orang lain sewenangnya melainkan orang yang amanah (spt di pejabat agama) bagi mengelakkan orang mengumpat dan menjatuhkan maruah suami atau isteri.

6. Suami takut jika di anggap tidak berkemampuan dan tidak layak untuk memimpin keluarga
- kadangkala terjadi bukan dari si isteri tetapi kerana faktor keluarga isteri oleh yang demikian suami isteri perlu tahu kedudukan kewangan rumahtangga sendiri dan tidak terpengaruh dengan hasutan orang lain.

7. Pasangan yang tidak sekufu (setaraf) dari awal perkahwinan
- hendaklah mencari pasangan yang sekufu samada dari segi pelajaran, latar belakang keluarga dan sebagainya agar tidak timbul masalah dalam rumahtangga kelak. Bagaimanapun sekiranya telah berkahwin dan mempunyai pasangan yang tidak sekufu, hendaklah berlapang dada menerima pasangan seadanya.


8. Campurtangan orang ketiga dalam urusan rumahtangga
- biasanya untuk pasangan yang berkahwin dan tinggal dengan keluarga (tidak mencari rumah sendiri)

9. Mengabaikan ibadah kepada Allah SWT dan sujud kepadaNya
- Lupa kepada Allah SWT
- Sekiranya suami sebagai ketua dalam rumahtangga tidak melakukan solat maka selalunya pasangannya juga tidak kisah akan kewajipan solat dan begitu juga anak-anak mereka.
- akan tertutup pintu rezeki
- untuk para isteri yang hendak menunaikan solat / ibadah tengah malam, perlulah mendapat keizinan suami terlebih dahulu.

Sama-samalah kita mengambil sedikit iktibar.Semoga dapat kita fikir kan jalan bagi mengatasi dan mengelakkan berlakunya keretakan dalam institusi kekeluargaan kita.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Copyright @ 2013 Info Rumahtangga Bahagia.