Khamis, 17 April 2014

Filled Under:
,

Doa selepas nikah

Doa selepas nikah.

Setelah selesai akad nikah,ada satu sunnah yang rasanya ramai yang terlupa untuk amalkan.Doa untuk isteri selepas akad ini di baca sambil menyentuh atau meletakkan tangan di ubun-ubun isteri.Ia sebagaimana di sebut di dalam hadith:
 'Apabila salah seorang kamu bernikah dengan seorang wanita,hendaklah dia memegang bahagian depan(isterinya) dengan menyebut nama Allah dan mendoakan keberkatan baginya dan dan mengucapkan:
 "Ya Allah,aku memohon kepada Mu dari kebaikannya dan kebaikan apa yang Engkau tetapkan kepadanya,dan aku berlindung kepada Mu dari kejahatannya dan kejahatan yang Engkau tetapkan kapadanya.Ya Allah berkatilah isteriku ini atasku dan lindungilah dirinya dari segala keburukan perbuatan orang orang yang dengki dan perbuatan tukang sihir apabila dia telah melakukan sihir dan perbuatan orang orang yang suka melakukan tipu daya"
"Riwayat Abu Daud"

0 ulasan:

Catat Ulasan

Copyright @ 2013 Info Rumahtangga Bahagia.