Khamis, 17 April 2014

isteri yang dilaknati Allah

ISTERI YANG DILAKNATI ALLAH.


Sekadar ingin berkongsi dan saling mengingati,isteri adalah insan yang paling mudah mendapat pahala dan paling mudah mendapat kemurkaan dan dilaknati Allah.Sebagai manusia kelekaan itu memang perkara biasa.Semoga sikap saling ingat mengingati dapat menjadikan kita lebih beringat,bersedia dan mendapat rahmat Allah.
Isteri yang dilaknati Allah swt dan Malaikat…??
1. Apabila dipanggil oleh suaminya dia tidak datang.
Sabda Rasulullah s.a.w. "Apabila suami memanggil isteri ke tempat tidur, dia tidak datang nescaya malaikat melaknat isteri itu hingga ke Subuh."
2. Membantah suruhan atau perintah suami.
Sabda Rasulullah s.a.w. "Sesiapa sahaja yang tidak berbakti kepada suaminya maka ia mendapat laknat dari Allah swt dan malaikat serta semua manusia"
3. Bermasam muka terhadap suami.
Sabda Rasullulah s.a.w. "Mana-mana perempuan yang bermasam muka di hadapan suaminya bererti dia dalam kemurkaan Allah swt hingga dia senyum kepada suaminya atau dia meminta keredhaannya".
4. Jahat lidah/mulut pada suami.
Sabda Rasulullah s.a.w. " Ada empat golongan wanita yang akan dimasukkan ke dalam neraka, di antaranya ialah wanita yang jahat atau kesat lidahnya terhadap suaminya".
5. Membebankan suami dengan permintaan yang di luar kemampuannya.
6. Keluar rumah tanpa izin suaminya.
Sabda Rasulullah s.a.w. "Mana-mana perempuan yang keluar rumahnya tanpa izin suaminya dia akan dilaknat oleh Allah swt. hingga dia kembali kepada suaminya atau suaminya redha terhadapnya."
7. Menghina pengorbanan suami.
Maksud Hadith: Allah swt tidak akan akan memandang (mempedulikan) pada isteri-isteri yang tidak berterima kasih kepada pengorbanan suaminya sedangkan dia masih perlukan suaminya.
8. Menerima tetamu tanpa keizinan suaminya.
Maksud Hadith: Jangan benarkan masuk ke rumahnya melainkan dizinkan oleh suami.
9. Tidak mahu menerima tunjuk ajar suami.
Maksud Hadith: Isteri yang derhaka hukum perbuatannya berdosa dan boleh gugur nafkahnya ketika itu. Jika ia tidak segera bertaubat dan meminta ampun dari suaminya, nerakalah di akhirat kelak. Apa yang isteri lakukan terhadap suami adalah semata-mata mendapat keredhaan Allah swt.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Copyright @ 2013 Info Rumahtangga Bahagia.